Ringkasan Mat Bond

Mat Bond (Mat Sentol) berangan-angan menjadi seorang ejen sejak kecil lagi. Suatu hari, Mat Bond menemui tiga biji pil ketika memancing. Dia menelan sebiji lalu mendapat satu kuasa luar biasa. Pil itu sebenarnya ciptaan seorang doktor daripada kumpulan yang diketuai oleh Bossman (Malek Selamat) dan boleh memanjangkan umur. Hanya tiga butir pil wujud, namun boleh digunakan dalam tempoh 48 jam sahaja. Ia menjadi rebutan ramai orang. Mat Bond ditugaskan oleh sebuah kelab untuk mendapatkan pil tersebut. Tetapi sebaliknya dia yang menjadi buruan beberapa kumpulan lain kerana memiliki pil berkenaan.

Akhirnya, tempoh masa 48 jam berlalu tanpa sesiapa pun berjaya menggunakan baki pil yang tinggal.

Mat yang cuba lari pula telah dibawa pergi oleh jambannya yang mengalami masalah teknikal sekaligus menjadi prequel kepada filem berikutnya, Mat Raja Kapor.